Hiburan

Amy Search Tetap Padu Di Usia Emas, Sedia Gegar Pentas Besar

LAGENDA rock tanah air, Datuk Amy Search, membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus berkarya. Dalam usianya yang kini menjangkau 66 tahun, beliau bersedia menggegarkan pentas besar menerusi konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.

Konsert yang diberi judul Amy Search Magic – Konsert Solo Pertama itu bakal berlangsung dalam tempoh kurang dua minggu lagi dan menjadi detik bersejarah dalam karier seninya yang sudah menjangkau lebih empat dekad.

Amy Search Gegar Axiata Arena: Konsert Solo Pertama Selepas 40 Tahun Dalam Arena Seni

Konsert yang diberi judul Amy Search Magic – Konsert Solo Pertama itu bakal berlangsung dalam tempoh kurang dua minggu lagi dan menjadi detik bersejarah dalam karier seninya yang sudah menjangkau lebih empat dekad.

Mengulas persiapan konsert, Amy meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus berdiri di pentas, menghiburkan peminat setia yang tidak pernah berhenti memberi sokongan.

“Setiap kali dapat menjayakan konsert, saya rasa satu kepuasan yang sukar digambarkan. Sebagai penghibur, pentas adalah jiwa saya. Semakin kerap saya tampil, semakin banyak perkara baharu yang saya pelajari,” ujar Amy.

Menjelang konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah, Amy turut menitikberatkan aspek kesihatan dan stamina agar mampu memberikan persembahan terbaik.

“Pada usia sekarang, saya kena pastikan diri sentiasa cergas. Penyanyi pun macam pemain bola — stamina perlu dijaga. Dapat menyanyi dan berinteraksi selama dua jam lebih itu satu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh makna,” katanya lagi.

Dalam konsert istimewa ini, Amy dijangka mempersembahkan sekitar 20 hingga 25 lagu termasuk lagu-lagu popular yang sudah sinonim dengan dirinya.

“Lagu kegemaran anda, tak perlu saya sebut pun, sudah pasti akan saya nyanyikan. Saya janji akan berikan yang terbaik. Cuma datanglah… kita sambut Aidilfitri bersama dengan penuh meriah,” katanya penuh semangat.

Menambah keistimewaan konsert ini, ia turut mendapat sentuhan pengarah konsert berpengalaman, Jennifer Thompson, yang akan memastikan keseluruhan persembahan berjalan lancar dan meninggalkan kenangan manis buat semua penonton.

Terdahulu, tema Rock It Like Amy diumumkan sebagai konsep konsert kali ini, yang menggalakkan para peminat tampil dengan gaya dan fesyen berinspirasikan semangat rock n’ roll.

Tiket konsert boleh didapati melalui platform rasmi www.wowtix.com.my dengan harga bermula dari RM188 hingga RM788 mengikut kategori:

  • RM188 (Cat 6 – Tiada Lagi)

  • RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita)

  • RM388 (Cat 4 – Kerja Gila)

  • RM538 (Cat 3 – Kalimah Cinta)

  • RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan)

  • RM788 (Cat 1 – Rock Royalty)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button