Nasional

Malaysia beritahu Jepun ASEAN sepakat teruskan rundingan tarif dengan AS

ASEAN sepakat untuk meneruskana rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balik yang dikenakan oleh negara kuasa besar itu kepada negara-negara di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu ditegaskan ketika mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menerusi perbualan telefon petang ini.

“Mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menerusi perbualan telefon petang ini usai Istiadat Sambutan Negara.usai Istiadat Sambutan Negara.

“Kami berdua menyentuh beberapa perkara penting khususnya terkait tarif timbal balik Amerika Syarikat dan kesannya kepada ekonomi dunia.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama pimpinan negara ASEAN selain menyatakan kesepakatan dan kebersamaan untuk meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat mengenai perkara ini.

“Malaysia juga menyatakan penghargaan atas hasrat dan minat Jepun untuk bersama dalam membangunkan rangkaian ASEAN Power Grid.

“Ruangan sama turut kami sentuh mengenai perkembangan kerjasama dua hala Malaysia-Jepun antaranya mengenai pembangunan sektor tenaga baharu, hidrogen membabitkan Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Kami juga membincangkan soal bencana gempa bumi di Myanmar yang mana Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada PM Ishiba atas kehilangan nyawa rakyat Jepun dalam tragedi tempoh hari.

“Malaysia menghargai usaha Jepun yang turut sama menyalurkan sumbangan bagi membantu pembangunan semula negara berkenaan.

“Hubungan Malaysia-Jepun akan terus terjalin kukuh berteraskan hormat, kepercayaan serta komitmen jangka panjang kedua-dua negara dalam pelbagai bidang strategik,” kata Anwar dalam hantaran di X.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button