Nasional

PM iringi Agong dalam istiadat Sambutan Negara Presiden China

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam  istiadat Sambutan Negara ke atas tamu kenegaraan Presiden China Xi Jinping di Istana Negara.

china
Istiadat Sambutan Negara ke atas tamu kenegaraan Presiden China Xi Jinping di Istana Negara.

Perdana Menteri berkata, beliau kemudiannya menyertai Seri Paduka Baginda dalam pertemuan bersama Presiden Xi serta delegasi China.

Presiden Xi bersama delegasi turut diraikan oleh Baginda Tuanku dalam Majlis Jamuan Negara. Lantas hubungan istimewa kedua-dua negara sahabat ini akan terus diperkukuh demi manfaat rakyat dan negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button