Bola SepakSukan

Tiga benda untuk dipelajari dari Liga Perdana Inggeris minggu lepas

LIVERPOOL, Leicester dan Tottengam menjadi pemenang utama dalam Liga Perdana Inggeri hujung minggu lalu. Hanya tiga pasukan ini dalam kelompok pasukan teratas yang mencatat kemenangan.

Jarak antara Liverpool di tangga teratas dan Leicester di tempat kedua kekal lapan mata. Tetapi Leicester kini tiga mata di hadapan Manchester City dan enam mata mendahulu Chelsea yang kini menghuni tangga keempat.

Tottenham yang kini sedang dilanda gelombang Jose Mourinho di tempat kelima, namun Manchester United dan Arsenal keciciran dua lagi mata. Kedua-duanya hanya seri 2-2 masing-masing dengan Aston Villa dan Norwich.

Di sini tiga perkara yang boleh dipelajari daripada EPL hujung minggu lalu:

Liverpool bergelut, City kelam kabut 

Satu-satunya perlawanan liga yang Liverpool menang lebih dari satu gol sejak pertengahan September lalu ialah menentang City bulan lepas. Ketika menentang Brighton, mereka terpaksa bergantung kepada dua gol awal Virgil van Dijk. Selepas itu terpaksa bergelut hingga tamat perlawanan.

Penjaga gol, Alisson Backer yang dilayangkan kad merah diikuti dengan sepakan percuma yang bijak Lewis Dunk menjadikan juara Eropah itu berpeluh hingga ke wisel penamat.

Tetapi mereka berjaya harunginya dengat semangat untuk merangkul kejuaraan pertama dalam tempoh 30 tahun.

Sebaliknya berbeza dengan City apabila keadaan makin sukar, mereka pula kelihatan sukar.

Seri 2-2 dengan Newcastle pada Sabtu merupakan kali kelima anak-anak buah Pep Guardiola bolos lebih daripada satu gol musim ini. Dan dalam setiap perlawanan terbabit mereka keciciran mata.

Keadaan lebih buruk mungkin sedang menunggu mereka. Selepas perjalanan sukar di Burnley pada Selasa, City akan berdepan dengan lima pasukan teratas sebelum tahun baharu.

Kedudukan keempat kembali kepada Tottenham

Satu minggu yang cukup berbeza buat Tottenham. Tiga perlawanan di bawah kendalian Mourinho dengan tiga kemenangan. Ia turut meletakkan Spurs dalam kelompok 16 pasukan dalam Liga Juara-Juara. Selain turut menghidupkan peluang mengejar Chelsea dan meletakkan mereka pada kedudukan untuk kembali semula ke kejohanan itu musim depan.

Anak-anak buah Mourinho kini sudah ada kelebihan enam mata berbanding pasukan lama mereka selepas kemenangan 3-2 ke atas Bournemouth.

“Ketika saya tiba, kami 12 mata ketinggalan untuk posisi Liga Juara-Juara. Saya kata saya tidak mahu fikir mengenainya. Saya hanya mahu bermain untuk setiap perlawanan.

“Jika kami terlalu banyak berfikir tentangnya kami akan tertekan kerana kami mahu bermain dalam bola sepak Eropah musim depan,” kata Mourinho.

Spurs akan mengunjungi Manchester United, yang memecat Mourinho 11 bulan lalu pada Rabu dan menunggu kehadiran Chelsea selepas itu.

Pecat-memecat berterusan

Hanya seminggu selepas Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat, perubahan juga berlaku di utara London apabila Arsenal memecat Unai Emery pada hari Jumaat.

Tidak sampai 48 jam selepas itu, Quique Sanchez Flores menjadi mangsa terbaharu dalam siri pemecatan dalam EPL apabila dia kehilangan jawatan di Watford.

Marco Silva mungkin akan menyusul apabila Everton tewas kepada anak-anak buah Kelechi Iheanacho di saat-sata akhir perlawanan. Menjadikan kedudukan Everton hanya dua mata atas zon penyingkiran. Mereka akan mengunjungi Liveroool Rabu ini.

Mungkin mereka akan mengikuti langkah West Ham yang memberikan peluang kepada Manuel Pellegrini seminggu lagi untuk mengembalikan prestasi pasukannya.

Hammers yang berkunjung ke Stamford Bridge untuk perlawanan kelapan tanpa sebarang kemenangan menunjukkan disiplin yang tinggi dalam bertahan. Serangan balas pula berbahaya untuk memastikan Chelsea tidak dapat melakukan sebarang jaringan buat kali pertama musim ini.

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button