Politik

MCA bukan lagi parti mewakili kaum Cina sahaja

DENGAN membenarkan kalangan bukan Cina untuk menjadi ahli bersekutu MCA, adakah ini bermakna parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sedang menuju ke aras parti yang mewakili semua kaum?

Adakah ini bermakna MCA tidak lagi mahu dikenali sebagai parti yang mewakili kaum Cina sahaja?

MCA telah meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi anggota ahli bersekutu parti itu.

Melalui pindaan itu MCA mula membuka pintu keahlian kepada bukan Cina walaupun bermula dengan ahli bersekutu.

Pindaan perlembagaan itu juga turut menurunkan umur minimum keanggotaan daripada 18 kepada 16 tahun.

Pindaan itu diluluskan dengan undi suara majoriti daripada 1,499 perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agung MCA ke-66 di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan Agung itu dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan yang turut hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. – SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button