Nasional

Lelaki panjat pagar SPRM berjaya ditahan bersama teman wanitanya

INDIVIDU yang diburu pihak berkuasa selepas melarikan diri dengan memanjat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditahan awal pagi tadi.

Suspek utama yang terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh dikesan menyembunyikan diri di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, supek ditahan kira-kira pukul 1.20 pagi bersama seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.

“Suspek merupakan koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu.

“Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menurut Huzir, suspek sebelum ini dipercayai hidup berpindah randah untuk mengelak daripada dikesan pihaknya.

Jelasnya, kita juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bagaimanakah dia dapat melarikan diri termasuk dakwaan kononnya dibantu pihak tertentu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, turut mengesahkan penangkapan berkenaan. -SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button