Nasional

308,451 pengundi baharu suku ke-3 2020

DAFTAR pemilih tambahan pilihan raya bagi suku tahun ketiga 2020 menyaksikan 308,451 pengundi baharu berdaftar.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata, dari tempoh 1 Julai hingga 30 sepember lalu sebanyak 41,688 pengundi turut memohon untuk membuat pertukaran bahagian pilihan raya.

Serentak itu SPR akan melaksanakan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) selama 14 hari bermula esok hingga 10 November di 914 tempat pameran di seluruh negara.

Katanya, semakan boleh dibuat melalui bebrapa kaedah termasuk hadir ke tempat pameran dan mengimbas Kod QR bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Pengundi juga boleh melayari portal rasmi atau menyemak buku di pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

“Bagi pameran ini SPR tidak meletakkan salinan buku RDPT sebaliknya hanya meletakkan sehelai notis bersaiz A4 yang mengandungi Kod QR RDPT bagi bahagian pilihan raya Parlimen yang berkenaan sahaja.

“Kaedah ini adalah untuk mengelakkan orang ramai menyemak nama dalam RDPT dengan menyentuh buku RDPT yang seterusnya menyebabkan penularan wabak Covid-19,” kata Ikmalrudin.

Sekiranya pemohon mendapati nama tidak berada dalam senarai mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B.

Bagi pemilih yang ingin membuat bantahan terhadap kemasukam mana-mana individu dalam senarai itu boleh mengisi boran C.

Kedua-dua borang boleh dimuat turut dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri.-SM

 

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button