Auto TravelBerita AutoEkonomi
Trending

Proton umum harga jualan bagi model X50 baharu

PROTON hari ini melancarkan harga model kereta utiliti sukan (SUV) yang terbaharu iaitu X50.

Proton menawarkan empat variasi bagi model tersebut seperti Flagship, Premium, Executive dan Standard dengan keupayaan enjin berteknologi turbo bagi setiap model.

Sementara bagi model Flagship pula, X50 variasi itu dibina dengan ciri Turbocharged Gasoline Direct Injection (TGDi) pada enjin dengan pelbagai ciri lain sesuai sebagai variasi paling canggih.

Model kedua dalam usaha sama Proton dengan Geely ini juga menampilkan pelbagai ciri lain yang sama seperti model pertama, X70 iaitu teknologi Volvo.

X50 juga turut ditambah baik pada sistem audio dan visualnya menerusi GKUI 19 yang baharu dilancarkan oleh Geely menerusi ECARX, iaitu sebuah subsidiari di bawah Geely.

Sistem tersebut menambahbaik teknologi pintar pada model X50 dengan kepantasan pemprosesan data menggunakan sistem-atas-cip (System-on-Chip) dengan unit pemprosesan empat teras berkelajuan tinggi.

Justeru teknologi tersebut turut meyokong kemudahan modem dan internet berkelajuan 4G.

Malah X50 kini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti

  1. Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
  2. Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF)
  3. Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD)
  4. Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  5. Amaran Keluar Laluan (LDW)
  6. Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki

Tawaran terbaik juga menanti pelanggan sehingga 31 Disember tahun ini apabila Proton mengumumkan lima pakej untuk pembelian X50 iaitu:

  1. Lima tahun jaminan tanpa had perbatuan
  2. Lima tahun pakej data 1GB sebulan
  3. Lima kali percuma upah penyelenggaraan
  4. Kadar faedah bermula daripada 2.2 peratus setiap tahun
  5. Program Insurans Proton yang merangkumi
    • Pengecualian bayaran penambahbaikan selama 10 tahun
    • Persetujuan nilai perlindungan sehingga 12 tahun
    • Perlindungan penjagaan kunci sehingga RM1,000
    • Elaun bantuan banjir sehingga RM1,000
    • Perlindungan semua pemandu
    • Kemalangan peribadi sehingga RM15,000

Jika anda rasa teknologi seperti bantuan parkir automatik, ciri keselamatan seperti sensing untuk mengelak kejadian kemalangan dan pelbagai ciri lain yang menepati cita rasa anda?

Maka harga dibawah ini menjadikan Proton X50 adalah berbaloi untuk dimiliki

  1. 1.5 TGDi Flagship – RM103,300
  2. 1.5T Premium – RM93,200
  3. 1.5T Executive – RM84,800
  4. 1.5T Standard – RM79,200

– SM

(Visited 739 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button