Nasional

Lebih 20 dijangkiti Covid-19 di Parlimen

TERDAPAT lebih 20 kes positif Covid-19 yang berlaku di Parlimen ketika ini.

Perkata tersebut dimaklumkan oleh Yang Diertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim kepada Utusan Online.

“Saya dimaklumkan tidak kurang 12 yang positif, saya yang duduk di kerusi, sangat berjaga-jaga dan rakan-rakan yang nak berjumpa di Parlimen pun kita tidak benarkan.

“Itu menjadi punca yang sangat menggerunkan kerana dilapor sekarang varian Delta tidak perlu menerusi perantaraan dan ia boleh disebarkan menerusi pengudaraan sahaja. Dalam soal ini kita risau dan minta dijauhkan,” katanya.

Bagaimanapun jelas Rais, Sidang Khas Dewan Rakyat itu akan tetap berlangsung kerana desakan daripada banyak pihak dan saranan Yang di-Pertuan Agong supaya bersidang dengan segera.

Dalam hal ini, jelas Rais,pihak Parlimen sudah pasti akan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sebelum masuk ke kawasan itu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam telah memberikan perkenan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari masih berkuatkuasa.

Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari dari 26 Julai hingga 29 Julai dan 2 Ogos bermula pada pukul 10 pagi.

Selain itu, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan berlangsung selama 15 hari bermula dari 6 September hingga 30 September dan Mesyuarat Kedua berlangsung selama 32 hari dari 25 Oktober hingga 16 Disember.

Yang di-Pertuan Agong akan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 pada 6 September pukul 10 pagi di Bangunan Parlimen.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button