Nasional

KPN menawarkan geran RM50,000 untuk memperkenalkan Warisan Kita

Bagi memperkenalkan warisan Malaysia kepada masyarakat setempat dan luar, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menganjurkan program “Melestarikan Perpaduan’’ bertempat di IOI City Mall, Putrajaya selama tiga hari.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, dalam majlis Melestarikan Perpaduan bertempat di IOI Mall, Putrajaya.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah bermula dari 7 hingga 9 Julai 2023 dengan menyasarkan kehadiran orang ramai menghayati sendiri ke pelbagai warisan.

Objektif utama untuk program ini untuk melestarikan perpaduan dengan meningkatkan pengetahuan, kesefahaman dan penghayatan masyarakat dari pelbagai kaum tentang warisan negara ini.

Menurut YB Datuk Aaron Ago Dagang, inisiatif Warisan Kita adalah satu pengisian utama dalam program flagship Kementerian iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI juga berupaya menyuntik semangat cinta akan tanah air yang telah kita warisi sejak turun menurun.

Datuk Aaron Ago Dagang

“Kita semua maklum ia telah berjalan selama tiga hari dan hari ini adalah kemuncak, ini adalah satu program besar di bawah Kementerian Perpaduan Negara supaya kita dapat melestarikan warisan kita untuk generasi akan datang.

“Kalau tidak dipamerkan masa ini mungkin akan hilang pada warisan yang depan, ini lah acara yang kita adakan, sudah semestinya banyak lagi dari segi bahasa, cita rasa makanan, pakaian demi lestarikan di masa akan datang.” Jelasnya.

Dalam majlis penutup itu terdapat persembahan silang budaya serta naskhah-naskhah warisan yang menjadi khazanah berharga negara.

Selain itu bagi menggalakkan penglibatan lebih banyak pihak khususnya badan bukan kerajaan dan pertubuhan berdaftar untuk menyertai program ini.

Kementerian turut menawarkan insentif berbentuk geran sehingga RM50,000 tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Fokus utama pelaksanaan program di bawah insentif ini adalah meliputi bidang kepelbagaian etnik, bahasa, permainan tradisional, adat resam, makanan serta kesenian dan alat muzik tradisional.

Selain itu, Kementerian turut memperkenalkan beberapa inisiatif lain di bawah Ini Warisan Kita antaranya :>

i.Hub-warisan yang menyediakan informasi komprehensif berbentuk penulisan, penerbitan, dan video berkaitan khazanah warisan negara untuk dijadikan “one-stop centre” dan rujukan orang awam.
ii. Program Nostalgia Anak Kampung yang mengembalikan semula sukan tradisional rakyat untuk dijadikan aktiviti masyarakat kini khususnya dalam kalangan anak muda;
iii. Program Magis Belantara yang menelusuri kehidupan dan budaya masyarakat Orang Asli untuk dipelajari oleh masyarakat tempatan; dan
iv. Program Bahasa Kolokial bagi melestarikan keberdayaan bahasa komuniti.

Artikle Berkaitan ;>

Kementerian Perpaduan Negara jayakan webinar bulanan YTF

“MAIPs Peduli” model program perpaduan kementerian – Aaron Ago Dagang

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button