Nasional

Mayat lelaki diikat dengan guni pasir tersangkut pada pukat

Mayat seorang lelaki ditemukan  dalam keadaan tangan dan kaki terikat dengan guni berisi pasir di perairan Ban Pecah, Sungai Burung di Tanjung Piandang, Perak semalam.

Mayat itu dipercayai mangsa bunuh

Ketua Polis Daerah Kerian Mazuki Mat berkata, polis menerima maklumat  kira-kira pukul 10 malam kelmarin mengenai penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun itu.

Katanya. mayat itu ditemukan tersangkut pada pukat di perairan berkenaan.

Katanya, tangan dan kaki mayat didapati diikat menggunakan guni berisi pasir, dipercayai untuk menenggelamkannya ke laut.

Ketika ditemui katanya, mayat dalam keadaan telah membusuk, dianggarkan telah mati dalam tempoh beberapa hari.

“Hasil pemeriksaan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainon Ipoh mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat trauma tumpul.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam kenyataan.

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button