NasionalPendidikan

KPM benarkan murid, guru pakai pakaian sukan dalam cuaca panas kering

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi kebenaran khas kepada murid-murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya untuk memakai pakaian sukan semasa cuaca panas dan kering yang berlaku pada ketika ini.

Murid-murid yang memakai pakaian seragam sekolah pula tidak diwajibkan memakai tali leher memandangkan keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan.

CUACA panas dan kering boleh menyebabkan strok haba jika terdedah di bawah cahaya matahari. – GAMBAR GOOGLE – GAMBAR HIASAN

“KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid-murid, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana,” kata KPM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berlarutan sehingga Ogos dan negeri yang paling terkesan adalah di utara dan pantai timur.

Tiga kematian berkaitan strok haba turut dilaporkan berlaku bulan lepas. – SM

BACA Berpanas, berhujan gigih jual sate walau upah hanya RM4

BACA Akibat Suhu Panas Terlalu Tinggi, UK Keluarkan Amaran Kesihatan Haba Tahap Tiga

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button