Luar Negarapilihan

Akibat Suhu Panas Terlalu Tinggi, UK Keluarkan Amaran Kesihatan Haba Tahap Tiga

Disebabkan Britain sedang mengalami suhu yang tinggi sehingga 32 darjah Celcius, satu amaran ‘Haba Melampau’ pada tahap merah dikeluarkan.

Berdasarkan satu kajian yang telah dikeluarkan, kemungkinan suhu boleh meningkat ke paras yang lebih tinggi bermula Isnin atau Selasa minggu hadapan.

Met Office UK dalam satu kenyataan berkata, fenomena suhu luar biasa ini bukan hanya terjadi pada waktu siang malah pada sebelah malam juga, kesannya masih ada.

“Suhu luar biasa, mungkin pecahkan rekod, kemungkinan besar pada hari Isnin, kemudian sekali lagi pada hari Selasa. Pada waktu malam juga berkemungkinan sangat panas untuk UK terutamanya di kawasan bandar.

“Ini berkemungkinan membawa kepada kesan yang meluas ke atas manusia dan infrastruktur,” ujar Met Office UK di laman web mereka.

Menurut kajian, suhu tertinggi pernah direkodkan di Taman Botani Universiti Cambridge, Britain pada 25 Jul 2019 ialah 38.7 darjah Celsius.

Selain Met Office UK, badan Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) turut mengeluarkan amaran kesihatan haba tahap 3 untuk beberapa bahagian negara.

Jelas UKHSA, agensi tersebut sudah bersedia mengambil langkah tambahan untuk melindungi mereka yang terdedah akibat peningkatan suhu yang melampau.

Pada tahap ini, penyakit dan kematian bukan sahaja dikhuatiri kumpulan berisiko tinggi, malah golongan yang cergas dan sihat juga perlu berhati-hati. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button