Luar Negara

Komuniti Hasidic tidak puas hati majlis perkahwinan dibatal

PIHAK berkuasa New York membatalkan sebuah majlis perkahwinan yang akan diadakan di Brooklyn selepas menjangka lebih 10,000 akan hadir.

Pembatalan tersebut di buat selepas penganjuran majlis tersebut diadakan di zon bersiko tinggi berikutan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Para pegawai telah mengambil langkah drastik untuk membatalkan majlis perkahwinan ultra-Ortodoks Yahudi itu yang dirancang berlangsung hari ini.

Larangan tersebut turut dikuatkuasakan pesuruhjaya kesihatan negeri dan meminta bantuan wakil pihak berkuasa tempatan menyampaikan mesej ke rumah ibadat Hasidic iiaitu lokasi majlis berkenaan diadakan.

Perintah itu, yang disampaikan pada hari Jumaat, memberi amaran bahawa rumah ibadat mesti mengikuti protokol kesihatan, termasuk mengehadkan perhimpunan kepada kurang dari 50 orang.


Bagaimanapun, perintah larangan tersebut mendapat tentangan dariapda pengurusan rumah ibadat apabila Kongregasi, Yetev Lev D’Satmar menuduh pihak berkuasa melakuka ‘serangan tidak wajar’.

“Sangat menyedihkan bahawa tidak ada yang mengesahkan rancangan kami sebelum menyerang kami.”

Kata Setiausaha jemaah itu dalam satu kenyataan seperti dipetik laporan New York Times.

Jemaah itu mengatakan bahawa upacara majlis dan jamuan akan dihadkan untuk anggota keluarga terdekat sahaja.

Sementara, orang ramai yang hadir atas undangan hanya datang untuk jangka waktu yang pendek.

Oleh demikian majlis perkahwinan tersebut tetap akan diadakan di rumah ibadat tersebut, tetapi terhad kepada kehadiran ahli keluar yang lebih kecil.

Ketegangan antara pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa kesihatan dengan masyarakat Hasidic wujud ketika usaha mengatasi penularan Covid-19 giat berjalan.

Ini kerana, beberapa kawasan kejiranan di Brooklyn dan Queens serta beberapa daerah lain di utara New York mengalami peningkatan kes.

Semalam, Gabenor Andrew M. Cuomo berkata, majlis perkahwinan yang besar terlalu berisiko dan boleh mengakibatkan peristiwa yang disebut superspreader.

Pegawai negeri memutuskan pernikahan itu, yang dijadualkan berlangsung di Williamsburg, dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

“Cadangan saya, adakan majlis perkahwinan yang kecil pada tahu ini. Tahun hadapan, selamat menjalani majlis perkahwinan. Jemput saya dan saya akan datang,” selorohnya. – SM

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button