NasionalpilihanPolitik

KJ sempat pulang dan selesai mengundi di Parlimen Rembau 8.40 pagi

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pagi tadi.

Beliau yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Beliau ketika ditemui berkata, meskipun berpindah kerusi selepas menang tiga penggal berturut-turut di kerusi Parlimen Rembau, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Dua-dua, insyaAllah saya boleh berkhidmat di Sungai Buloh lepas ini. Banyak sangat momen-momen menyingkap kembali memori yang indah terlalu banyak, tetapi saya tak tinggalkan Rembau, saya masih ahli di sini , jadi insyaAllah kalau dipilih di Sungai Buloh, masih boleh berkhidmat di sini.

“Proses, cuaca tak menentu, kita biasanya petang baru nak hujan, tadi pagi pun dah hujan.. saya harap pengundi keluar awal, saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya.


Di Parlimen Rembau, terdapat seramai 133,555 orang pemilih berdaftar dengan meliputi pengundi Melayu sebanyak 73.62 peratus, india, 15.9 peratus, pengundi cina sebanyak 8.76 peratus.

Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Rembau dimenangi oleh Khairy dengan majoriti 4,364 undi.

Khairy mendapat sebanyak 36,096 undi menewaskan calon PKR, Roseli Abdul Ghani yang mendapat 31,732 undi manakala calon Pas, Mustafa Dolah memperoleh 6,028 undi.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button