Nasional

Kilang beroperasi di kawasan PKPD wajib lakukan ujian saringan dua kali seminggu

SEMUA pekerja sektor pembuatan yang dibenarkan beroperasi dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) wajib menjalani ujian Swab RTK sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bermula 7 Julai lalu.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah awal ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal.
“Ianya juga dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.
“Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya.
Menurut Mohamed Azmin, beliau juga menyeru buat semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.
Ujarnya, perkara tersebut amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.
“Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya. -SM
(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button