ParlimenPolitik

Kerajaan tersepit antara istana, pandemik dan pembangkang

ulama

Aku ingat lagi lebih setahun yang lalu. Kerajaan PH masa tu takut sangat nak sekat pelancong China daripada masuk negara kita.

Aku sendiri melihat bagaimana petugas kaunter sebuah hotel mengamuk bila pelancong dari China yang tak pakai pelitup muka dan tak jaga penjarakan fizikal.

Sedangkan di negara dia penduduk siap tutup kepala dengan beg plastik dan pelbagai cara lagi untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak.

Apabila masuk ke negara kita mereka berlagak seperti sihat dan tidak dijangkiti wabak membunuh itu.

Ketika itu Tahun Baru Cina, apa lagi memang berpusu-pusu pelancong Cina dari China yang datang ke negara kita.

Mahu tidaknya, negara lain sudah tidak menerima kemasukan pelancong dari China, tetapi kita masih mengalu-alukan kedatangan mereka.

Akhirnya ketakutan dan kebimbangan itu berlaku dan sekarang sudah terlambat. Ledakan demi ledakan jangkitan Covid-19 terus berlaku.

Orang politik biasalah dia akan salah orang lain kecuali diri sendiri. Kini mereka sedang mendesak supaya parlimen bersidang bahkan mahu diperpanjangkan lagi. Sedangkan kes keseluruhan di Parlimen sudah melebih 60 kes.

Sepatutnya parlimen tidak boleh dibuka. Kerana di premis lain seperti rumah pangsa akan diisytiharkan PKPD dan dipasang kawat duri apabila kes mencecah lebih 40 kes.

Memang kalau dilihat di parlimen hanya ada hanya 80 masuk ke dewan kerana ia dijalankan secara hibrid, tetapi keseluruhan petugas di parlimen hampir 1,000 orang.

Oleh itu apabila pengesan kontak rapat dibuat dan dikuarantin mereka yang dijangkiti dan masih terdapat kes baharu, sudah sewajarnya parlimen tidak lagi dibuka kerana ia sudah menjadi kluster parlimen.

Masalahnya pula Istana Negara telah mengarahkan parlimen bersidang, begitu juga pembangkang terus mendesak supaya parlimen bersidang.

Jika kerajaan memutuskan tidak bersidang, akan dituduh sebagai sebagai ingkar arahan Yang di-Pertuan Agong.

Inilah kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dewasa ini.

Bagaimanapun sekelian rakyat menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan darurat dilaksanakan di Sarawak atas nasihat kerajaan, bagi mengelakkan pilihan raya negeri terpaksa diadakan di Bumi Kenyalang itu ketika wabak sedang mengganas.

Ini melegakan rakyat dan sekali gus menafikan krisis di antara istana dengan kerajaan sebagaimana dikompang oleh pihak pembangkang.

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button