Nasional

Kanak-kanak berusia setahun lemas dalam kolam ketika ibu sedang memasak

SEORANG kanak-kanak berusia setahun lemas di dalam kolam buatan sendiri di sebuah rumah di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kes tersebut dari hospital kira-kira pukul 9.11 pagi dan mangsa kini masih dirawat serta tidak sedarkan diri.

“Ketika kejadian bapa mangsa sedang tidur di dalam bilik manakala ibu dan nenek mangsa sedang memasak di dapur.

“Mangsa sebelum itu sedang tidur dan ibunya mula menyedari ketiadaan mangsa selepas selesai memasak. Mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan separuh tenggelan di dalam kolam buatan di rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai merangkak keluar ke halaman rumah melalui pintu pagar utama yang tidak berkunci sebelum terjatuh ke dalam kolam tersebut,” katanya.


Susulan kejadian, menurut Zaid, mangsa telah dibawa ke poliklinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (PICU).

Kemudian telah dikejarkan ke poliklinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (PICU).

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua duanya,” katanya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi IPD Kajang ditalian 03-89114222 atau mana-mana Balai Polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Suresh di talian 017-4333795. -SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button