Nasionalpilihan

Kes Covid-19 di Kuala Lumpur terkawal, dijangka menurun minggu hadapan

JUMLAH kes Covid-19 di Kuala Lumpur masih lagi terkawal dan dijangkakan akan mula menurun bermula minggu hadapan hingga akhir bulan Julai ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan pencapaian peratusan suntikan vaksin yang tinggi di Wilayah Persekutuan.

“Kita akan terus memperhebatkan program vaksinasi secara besar-besaran agar Wilayah Persekutuan dapat mencapai imuniti kelompok seawal mungkin.

“Ia juga ke arah melaksanakan strategi baru pasca 80% vaksinasi di Wilayah Persekutuan dengan lebih banyak sektor sosial dan ekonomi boleh dibuka. Konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk wakil
rakyat, komuniti perniagaan, perwakilan penduduk dan pemegang taruh yang lain sedang giat
dilaksanakan bagi tujuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, secara umum boleh dirumuskan bahawa jumlah kes yang tinggi adalah susulan kepada ujian saringan terhadap kontak rapat iaitu 54%. Kes akibat jangkitan secara sporadik adalah 28.5%.


Jelasnya, kes susulan saringan yang dibuat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar adalah 13% daripada jumlah kes keseluruhan dan jumlah kes juga menurun daripada 294 kes pada 14 Julai kepada 205 kes.

“Kes di tapak binaan hanya 3, iaitu kurang daripada 0.5% daripada keseluruhan kes. Sebahagian besar kes, 88% adalah di kalangan warganegara dan tidak disumbangkan oleh industri pembinaan atau perkilangan (kurang daripada 0.5%),” katanya.

Ujarnya lagi, antara faktor yang menyumbang kepada kes yang tinggi adalah separuh (54%) kes positif adalah jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah. Terdapat jangkitan daripada kontak rapat di tempat kerja seperti di pejabat.

“Majoriti kes positif di PKPD dan kontak rapat isi rumah dikuarantin di rumah menyebabkan
penularan kepada ahli keluarga.

“Satu pertiga (28.5%) adalah kes sporadik yang tidak diketahui punca jangkitan namun
berkemungkinan besar daripada komuniti.

“Penularan kes melalui kontak rapat dan dalam kawasan PKPD berkemungkinan didorong
oleh transmisi daripada Variant of Concern (VOC),” katanya.

Berikut adalah perincian kes Covid-19 di Kuala Lumpur

Jumlah kes: 1,552 (14 Julai -1,598)

– 1,359 Warganegara (88%)
– 193 Bukan warganegara (12%)

A. Tapak Binaan (1 kluster): 3 kes (14 Julai – 22 kes) (kurang daripada 0.5%)

B. PKPD (7 lokaliti) dan Kluster Komuniti (4 lokaliti): 205 kes (14 Julai – 294 kes) (13%)

1. PPR Kg Baru Air Panas: 20 kes
2. PA Desa Rejang: 8 kes
3. Kg Padang Balang: 6 kes
4. PPR Batu Muda: 6 kes
5. Kg Segambut Dalam: 3 kes
6. PPR Seri Semarak: 4 kes
7. PPR Kerinchi: 79 kes
8. PPR Pantai Ria: 1 kes
9. Taman Bukit Angkasa: 16 kes
10. Apartment Sri Rakyat: 3 kes
11. Flat Sri Sabah: 59 kes

C. Lain-lain kluster: 61 kes (4%)
D. Kontak rapat: 836 kes (54%)
E. Sporadik: 442 kes (28.5%)
F. Import A: 5 kes (< 0.5%)

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button