NasionalRencana

Kamala Harris, apa yang Malaysia wajar contohi?

Analisis

ISU perkauman dan peluang menjadi topik hangat di negara ini susulan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pemilihan Presiden negara ‘Uncle Sam’ menyaksikan Presiden, Joe Biden berjaya meletakkan Donald Trump daripada Parti Republik sebagai Presiden sepenggal.

Namun, satu sisi dalam pemilihan itu yang mendapat perhatian rakyat Malaysia adalah kejayaan Kamala Harris menjadi Naib Presiden AS wanita pertama.

Kamala boleh dikatakan serba serbi pertama kerana selain itu, beliau juga menjadi Naib Presiden bukan kulit putih pertama untuk mengetuai Senat sebagai Presiden untuk meluluskan rang undang-undang.

Kamala menjadi perhatian kerana beliau bukanlah berketurunan warga AS, sebaliknya kelahirannya di Oakland, California membolehkan beliau menjadi warganegara itu.


Ibunya, Dr. Shyamala Gopalan seorang ahli biologi yang berasal dari Tamil Nadu, India yang berhijrah ke AS pada tahun 1958 untuk melanjutkan pelajaran di Universiti California, Berkeley.

Bapanya Dr. Donald J. Harris pula berasal daripada British Jamaica yang datang ke AS pada tahun 1961 dan kini bertugas sebagai Profesor Emeritus Ekonomi di Universiti Stanford.

Serba-serbi yang pertama

Jadi, boleh dikatakan beliau adalah Naib Presiden pertama berketurunan India dan juga Naib Presiden pertama berketurunan Afrika.

Pemilihan beliau sebagai The Second-President membuktikan peluang dalam politik dan kepimpinan AS adalah terbuka kepada semua tanpa mengira kaum atau agama.

Begitu juga Barrack Obama yang menjadi Presiden AS kulit hitam pertama selepas mengambil alih pentadbiran daripada George W. Bush.

Tetapi, yang menarik perhatian rakyat Malaysia adalah, adakah masyarakat pelbagai kaum di negara ini mempunyai peluang yang sama seperti AS?

Peluang sama di Malaysia seperti AS?

Jawapannya adalah, ya.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak dinyatakan secara khusus mengenai kaum dan agama seseorang untuk mengetuai kepimpinan kerajaan persekutuan.

Namun, kenapa perkara itu yang digesa untuk dicontohi daripada AS? Kenapa bukan budaya penerimaan sosial seperti perkauman, bahasa, pendidikan dan keagamaan?

Di sana, kaum lain terutama pendatang dari Asia tidak tergopoh-gapah hendak menukar tulisan papan tanda ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris atas alasan pelancongan.

Tiada provokasi kaum, sekolah vernakular, paksaan menerima budaya ibunda dari negara lain

Juga tiada sekolah vernakular atau pendidikan vernakular, yang ada cuma sekolah dengan majoriti kaum tertentu berdasarkan demografik penduduk contohnya komuniti berkulit hitam.

Di sana juga tiada pertikaian berkaitan keagamaan seperti perebutan tapak untuk pusat ibadah kaum-kaum tertentu dan mereka menghormati undang-undang negeri serta perlembagaan negara.

Isu yang timbul hanyalah berkaitan Islamofobia, namun ia hanyalah cetusan propaganda politik pihak tertentu dan provokasi kepada masyarakat Islam.

RUSUHAN kaum dan pertikaian isu tapak rumah ibadah di Shah Alam pada November 2018,

Tiada provokasi terhadap pihak berkuasa ataupun penduduk berkulit putih di sana untuk menuntut hak-hak ibunda dari negara luar diamalkan di sana.

Untuk tinggal di sana, kita mesti belajar dan menerima budaya di sana.

Perlembagaan Persekutuan jadi tunjang masyarakat majmuk di Malaysia

Itulah yang sepatutnya berlaku di Malaysia, tinggal di sini, belajar dan menerima budaya penduduk asal di sini dan tidak menuntut hak ibunda dari negara lain untuk di bawa dan diangkat di negara ini.

Justeru, apakah tunjangnya? Perlembagaan persekutuan.

Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara di samping kaum lain bebas mengamalkan budaya, bahasa dan agama mereka dengan aman.

Jadi, adakah relevan jika perbandingan dibuat mengenai peluang yang dimiliki oleh Kamala Harris di AS dan negara kita? – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button