Nasional

Kabinet baharu perlu terus kerja, tiada bulan madu

ANGGOTA Kabinet termasuk timbalan menteri baharu dilantik tidak mempunyai tempoh ‘berbulan madu’, sebaliknya perlu terus bekerja menjalankan tugas masing-masing.
Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini selepas pengumuman rombakan semalam.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pada Rabu selepas rombakan Kabinet.

“Perdana Menteri mahu Kabinet ini dilihat dengan adanya teknokrat, beberapa ahli Parlimen yang pernah berkhidmat dalam Jemaah Menteri, maka ada tanda positif penerimaan dalam kalangan rakyat, akar umbi, malah dalam kalangan sektor korporat.

“Yang jelas, Perdana Menteri telah memaklumkan hasrat rakyat untuk melihat perubahan itu ialah hasrat menggunung. Bermaksud ramai kalangan menteri yang baharu, hit the ground running di mana masuk hari ini, terus kerja hari ini, tiada honeymoon period,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button