Nasional

Omicron: Malaysia ketatkan kembali sempadan antarabangsa

PUTRAJAYA- Malaysia mengambil langkah mengetatkan kembali sempadan antarabangsa susulan 20 negara melaporkan jangkitan varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara langkah tersebut adalah menyenaraikan Malawi dalam sekatan perjalanan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan sekatan perjalanan sementara untuk pengembara asing dari negara yang melaporkan penularan Omicron atau negara yang disenaraikan berisiko tinggi, selain pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Selain Malawi, tujuh negara negara Afrika disenarai sebagai larangan perjalanan iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

 

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button