fbpx
Nasional

Ikea Damansara sekali lagi ditutup, kes Covid-19 libatkan dua pekerja

SELEPAS dilaporkan mempunyai kes positif Covid-19 melibatkan pekerja mereka pada November lalu, pusat beli-belah kelengkapan rumah, Ikea di Damansara sekali lagi melaporkan jangkitan wabak tersebut melibatkan pekerjanya.

Ikea dalam satu kenyataan berkata, dua pekerjanya telah dilaporkan positif Covid-19.

“Kita telah dinasihati oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup operasi pada pagi tadi sehinggalah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Perkara itu adalah untuk proses pengesanan kontak rapat dan sanitasi di seluruh kawasan,” katanya.

Menurutnya, Ikea akan memastikan semua langkah keselamatan diambil termasuk menjalankan ujian saringan Covid-19 dan kuarantin bagi semua kontak rapat.


Ujarnya, pengunjung yang berkemungkinan menjadi kontak rapat juga akan dihubung oleh petugas kesihatan.

Ini adalah kali kedua kes positif Covid-19 dilaporkan terdapat di Ikea Damansara dengan kes pertama pada November tahun lalu.
Langkah-langkah keselamatan juga telah diambil selepas kes pertama dilaporkan berlaku di pusat beli-belah tersebut. -SM
(Visited 242 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button