Nasional

Hilang pendapatan 100% sejak Mac, bantulah kami pemandu teksi

MULA kehilangan sumber pendapatan sejak Mac lalu ekoran pandemik Covid-19, Gabungan Teksi Malaysia merayu kepada kerajaan untuk memberi bantuan khusus kepada mereka.

Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, mereka kecewa kerana rayuan bantuan khas bulanan RM500 tidak dipertimbangkan dalam Belanjawan 2021.

“Kami adalah satu daripada golongan B40 yang paling teruk terjejas akibat penularan Covid-19.

“Kami bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan, tetapi juga tidak mempunyai simpanan di KWSP untuk dikeluarkan bagi meneruskan hidup,” katanya kepada Suara Merdeka.

Menurutnya, bantuan One Off RM600 yang pernah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Interim dahulu yang diberi kepada pemandu teksi telah memberi manfaat tetapi tidak mampu membantu pemandu teksi sepanjang krisis wabak Covid-19.

Jelasnya, pemandu teksi juga sebenarnya kehilangan sumber pendapatan hampir 100% sejak Mac 2020 ekoran pandemik Covid-19.

“Kerajaan telah meningkatkan elaun Sara Hidup Bulanan kepada RM300 bagi golongan nelayan kerana prihatin dengan nasib mereka.

“Kami mengucapkan tahniah dan syukur tetapi nelayan masih boleh turun ke laut untuk mencari rezeki.

“Malangnya kami bukan sahaja perlu berhadapan dengan dengan peraturan berat sebelah yang segaja diwujudkan pemerintah terdahulu bagi melindungi kepentingan syarikat-syarikat korporat.

“Tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu juga telah menyebabkan kami hilang pendapatan kerana penumpang juga perlu mematuhi arahan tersebut,” jelasnya.

Ujarnya, mereka kini sudah berada di dalam kategori golongan yang hilang pekerjaan dan miskin bandar.

Tambahnya, pihaknya merayu supaya kerajaan bersimpati dengan nasib pemandu teksi yang amat memerlukan bantuan daripada kerajaan. -SM

(Visited 722 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button