Sukan

Harimau Malaya kekalkan kecemerlangan

MALAYSIA meneruskan aksi cemerlangan pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini dengan menewaskan Indonesia 2-0.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Malaya membuka jaringan menerusi sepakan percuma melencong Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-29.

Safawi sekali lagi mengegarkan stadium menerusi jaringan pada minit ke-72 dengan melakukan rembatan kencang dari sudut kiri palang gol yang deras melepasi Muhammad Ridho ke dalam gawang skuad Garuda Merah Putih itu.

Indonesia mendapat peluang keemasan untuk mendapatkan gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohd Farizal menjatuhkan Febri yang berjaya melakukan larian ke dalam kotak penalti pada minit ke-82, namun Mohd Farizal bertindak cemerlang untuk menyelamatkan sepakan penalti penyerang kelahiran Nigeria, Osas Marvellous.

Kali terakhir Indonesia mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia di Stadium Nasional adalah kemenangan 4-1 pada separuh akhir saingan Piala AFF 2005, manakala Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 dan 2-0 dalam kempen Piala AFF 2010 dan 2012. – BERNAMA

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button