Politik

Haram buku Rebirth: Agak-agak zaman PH berlaku atau tidak?

TINDAKAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku yang didakwa menghina Jata Negara memberi kelegaan kepada rakyat.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, pengharaman buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia” menunjukkan KDN mendengar suara hati rakyat.

Ini keranan Jata Negara merupakan lambang dan maruah kedaulatan negara yang perlu dijaga daripada dihina dan diperlekehkan.

Asyraf Wajdi turut mempersoalkan adalah tindakan pantas KDN di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional mengharamkan buku itu akan berlaku sekiranya PH masih berkuasa.

“Terima kasih Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendegar suara hati rakyat dan pantas buat tindakan melarang pengedaran dan penerbitan buku yang menghina Jata Negara yang merupakan lambang dan maruah kedaulatan negara.

“Harap selepas ini, lebih proaktif mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk penerbitan yang dianggap menghina dan meremehkan simbol-simbol dan perlambangan kedaulatan negara.

“Agak-agak kalau zaman Kerajaan PH dahulu, apakah tindakan pantas yang serupa berlaku atau tidak?” tanya Asyraf Wajdi.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengharaman buku tersebut dibuat berdasarkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020.

“Pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan mana-mana undang-undang dan memudaratkan kepentingan negara dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia,” menurut warta perintah larangan itu.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman turut menyerbu sebuah syarikat penerbitan buku di Petaling Jaya dan merampas 313 naskhah buku itu.

Polis berkata, 32 laporan diterima berhubung kes itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kulit buku itu mempamerkan satu karya seni mirip jata negara yang didakwa diubah suai.

Karya seni itu mengandungi seorang kanak-kanak bogel di atas bulan dan bintang, bentuk 2 harimau diubah suai dan seekor buaya di bahagian bawahnya.-SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button