Politik

Hina Jata Negara menyalahi Akta Hasutan – Wanita UMNO

PIHAK yang menulis dan menerbitkan buku bertakuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistence and Hope In New Malaysia’ boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Tindakan itu boleh diambil kerana, buku tersebut menggunakan gambar Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapannya.

Hiasan mirip Jata Negara itu diletakka gambar bayi bogel pada bulan bintang dan seekor buaya menggantikan bahagian reben.

Selain itu wajah harimau kiri dan kanan juga diubah kepada rupa seakan-akan manusia.

Jata negara yang diubah suai itu kemudian dijadikan seperti hiasan dan dipakaikan dekat kepala seorang wanita.

BACA > Sidang kemuncak COVID-19 berjaya raih AS$6.9 bilion — Suara Merdeka

Justeru, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad beranggapan bahawa pengubahsuaian logo itu juga sebagai satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Akta Hasutan juga boleh dikenakan kerana ia secara terang-terangan mahu menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Malah ia juga seakan mahu menyebarkan kebencian antara kaum dan agama.

“Selain boleh menggunakan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda sehingga RM20,000.

“Wanita UMNO Malaysia menggesa agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera dan tegas terhadap individu yang telah mengubah suai lambang Jata Negara.

“Tindakan tersebut telah menghina bukan sahaja lambang rasmi kedaulatan Malaysia tetapi negara Malaysia ini sendiri.”

Demikian kenyataan beliau yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Gambar buku suntingan Kean Wong yang diterbitkan syarikat, Ilham Books tular dalam media sosial selepas dikatakan menghina Jata Negara.

BACA > Kerajaan PH yang tidak dedah laporan kebakaran HSA 2016 — Suara Merdeka

Malah dalam gambar yang tular itu turut kelihatan pemimpin parti politik dipercayai Howard Lee Chuan How daripada DAP.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Perak.

Noraini dalam kenyataan sama turut menggesa pihak berkuasa merampas buku tersebut sekiranya terdapat di mana-mana kedai.

“Wanita UMNO juga mendesak pihak kerajaan mengharamkan dan merampas buku ini dari dijual di mana-mana kedai buku.

“Sekiranya buku ini berjaya diedarkan, maka Wanita UMNO bimbang akan ada individu yang bakal terpengaruh.

“Ia sekaligus memberi impak negatif kepada generasi muda khususnya.

“Perkara ini amat serius dan tidak boleh dipandang ringan maka sekali lagi Wanita UMNO mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajid Dusuki meminta penulis buku itu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, pengubahsuaian tersebut seolah-olah merendah-rendahkan martabat Jata Negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan negara.

BACA > Hukum individu hina Jata Negara — Suara Merdeka

Terbaharu, Suara Merdeka dimaklumkan Pergerakan Pemuda UMNO akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 1 tengah hari nanti. – SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button