NasionalUncategorized

Guru rugi RM1.3 juta jadi mangsa Macau Scam

SEORANG guru wanita berusia 49 tahun rugi RM1.3 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam.

Difahamkan, mangsa telah dihubungi oleh individu yang menyamar sebagai seorang pegawai polis dan memberitahu yang kereta miliknya telah terlibat dalam kemalangan mat dan kegiatan wang haram.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa kemudian diarahkan membuka dua akaun bank dan memasukkan nombor telefon yang diberi suspek sebagai nombor telefon miliknya,

“Selepas akaun simpanan dibuka, mangsa telah memindahkan wang simpannya ke dalam akaun tersebut seperti diarahkan suspek untuk tujuan siasatan.

“Mangsa juga diarahkan untuk menyediakan wang jaminan di mana mangsa telah membuat pinjaman peribadi di beberapa bank dan telah dimasukkan ke dalam akaun bank yang diarahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, mangsa bagaimanapun mula sedar dirinya ditipu dan menjadi mangsa sebelum membuat laporan semalam.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada kerana sindiket ini akan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank, pegawai kastam dan sebagainya.

“Nombor telefon yang digunakan adalah memang dari agensi berkaitan dan ini dipanggil teknik ‘spoofing’,” jelasnya. -SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button