Nasional

PRK Batu Sapi perlu diadakan dalam tempoh 60 hari

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizah Harun telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah hari ini.

Pemberitahuan itu selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan berikutan berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong Jumaat lepas.

“Oleh yang demikian selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia bahawa ada kekosongan,” kata Azhar.

Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi Jumaat lalu.
Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.
(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button