Luar Negara

Golongan muda Iran terus protes desak Ayatollah berundur

GOLONGAN belia rakyat Iran semakin hilang kepercayaan terhadap pimpinan kerajaannya susulan insiden tembak jatuh pesawat Ukraine pada Khamis lepas.

Hal demikian berikutan pengguna media sosial di sana dibanjiri dengan maklumat desakan supaya rakyat Iran turun berhimpun sebagai tanda protes terhadap kerajaannya.

Sebelum ini, pemprotes yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa tempatan berhimpun di Tehran dan bandar-bandar lain sejak Sabtu.

[BACA ARTIKEL] Iran berikrar balas dendam terhadap Amerika Syarikat – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Malaysia Airlines elak laluan konflik di ruang udara Iran — Suara Merdeka

“Kami turun ke jalanan, pencuri dan kerajaan korup,” antara status yang viral dalam kalangan pengguna media sosial di Iran.

Punca rakyat Iran berhimpun dilaporkan sebagai bantahan kepada pihak berkuasa apabila menyatakan tidak sengaja tertembak pesawat PS752 yang membawa 176 penumpang.

Kesemua penumpang terkorban selepas pesawat berkenaan terhempas akibat dibedil apabila meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeinei.

Pesawat dibedil dua kali sebelum terhempas

Dalam perkembangan berlainan, pesawat Boeing milik Ukraine International Airlines dilaporkan ditembak dengan dua peluru berpandu.

Berdasarkan laporan portal New York Times, kamera keselamatan dilaporkan mengesan dua objek terbang ke arah pesawat sebelum kena pada sasarannya.

Menurut portal itu lagi, pesawat berkenaan gagal mendapatkan bantuan daripada pegawai kawalan trafik udara kerana kerosakan sistem komunikasi akibat ditembak pada kali pertama.

Tembakan ke dua pula menyebabkan pesawat tersebut musnah dan terhempas ketika dalam penerbangan menuju ke Kiev, Ukraine.

[BACA ARTIKEL] Pesawat Ukraine terhempas di Iran — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Iran tembak penunjuk perasaan, polis tak mahu mengaku — Suara Merdeka

Iran pernah nafi tembak pesawat

Bagaimanapun, Tehran sebelum ini pernah menafikan tuduhan Amerika Syarikat (AS) bahawa pesawat berkenaan terhempas akibat dibedil dengan peluru berpandu.

Namun, pada Sabtu lalu, Menteri Luar Iran, Javad Zharif mengaku pihaknya menembak pesawat milik Ukraine itu tetapi secara tidak sengaja.

[BACA ARTIKEL] Iran akui tertembak pesawat Ukraine — Suara Merdeka

Kenyataan itu turut disokong Presidennya Hassan Rouhani yang menzahirkan rasa simpati dan kesal terhadap tragedi berkenaan.

Bagaimanapun, Presiden AS, Donald Trump memberi amaran kepada kerajaan Iran supaya bersikap telus dan jujur kerana masyarakat dunia sedang memerhatikan mereka. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button