Jenayah

Gara-gara mengidam rompak kedai emas akhirnya Wanita hamil 7 bulan didakwa.

Seorang wanita yang sedang hamil 7 bulan didakwa atas pertuduhan cuba merompak kedai emas minggu lalu di Melaka.

Walaubagaimanapun tertuduh, Norraniza Muhamad Puslam, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut tertuduh, mendakwa berbuat demikian oleh kerana dia mempunyai perasaan mengidam untuk mencuba sesuatu yang ekstrem.

Peguam merayu untuk jaminan di rendahkan oleh kerana tertuduh perlu menanggung dua anak, ibu bapa dan adiknya yang masih belajar.

Namun selepas rayuan mahkamah menetapakan ikat jamin terhadap terhadap tertuduh RM4,000 dengan dua penjamin.

Pada 24 Disember lalu, polis berjaya memberkas wanita berkenaan pada pukul 5 petang yang cuba menyamun sebuah kedai di pasar Ayer Keroh, dengan menggunakan sebilah pisau.

Hasil siasatan, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button