Nasional

Warga emas maut, rumah dirompak dua lelaki bersenjata parang

SATU kejadian rompakan di sebuah rumah Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, Bangsar telah mengakibatkan seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya pula cedera.

Difahamkan, mangsa yang maut ialah Wan Hassan Wan Embong, 71 yang maut akibat kecederaan di muka dan leher.

Manakala isterinya pula, Sarifah Yusof, 70 pula mengalami kecederaan di tangan kanan akibat ditetak dan kini sedang dirawat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 pagi tadi.

“Kedua-dua mereka ialah pesara kerajaan dan pagi tadi, isterinya telah terdengar bunyi bising di bahagian dapur.


“Mangsa kemudian telah terserempak dua lelaki yang bersenjatakan parang dan meminta duit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar Omar, mangsa kemudian cuba melawan sebelum ditetak oleh perompak terbabit.

Jelasnya, perompak itu kemudian mencuri beberapa barangan sebelum melarikan diri mengikut tingkap dapur.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -SM

(Visited 522 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button