Belang Bertempat

Di mana Saifuddin, letih Anwar dan Fahmi padam kebakaran

KEBAKARAN dan kemarahan rakyat semakin memuncak apabila Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Tindakan ketika kempen pilihan raya sedang memuncak itu telah memberi dampak negatif kepada kerajaan, sebaliknya memberi momentum baharu kepada pihak pembangkang iaitu Perikatan Nasional.

Sanusi dituduh tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan sehingga terpaksa diberkas pada pukul 3 pagi, namun ia dinafikan oleh Sanusi sendiri kerana tidak pernah beliau bertindak sedemikian.

Kini Sanusi dianggap sebagai hero sejati apatah lagi aksi beliau mengangkat tangan sebagai mana senario ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998 selepas dipecat dari UMNO dan kerajaan dan setelah itu didapati bersalah kerana kesalahan salah guna kuasa dan meliwat.

Sanusi dituduh menghina Sultan Selangor, tetapi kita biarkan mahkamah mentafsir dan memutuskannya, pada masa yang sama berharap pihak istana kekal neutral serta tidak terlibat dengan politik.

Sikap neutral itu penting untuk memastikan institusi itu kekal sebagai sebuah payung besar kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama serta kaum.

Kini Anwar dan Fahmi bertungkus-lumus untuk ‘memadam’ kebakaran berpunca kesilapan strategi berkenaan.

Dalam keributan itu ramai yang bertanya di mana perginya menteri dalam negeri iaitu Saifuddin Nasution.

Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ini dan beliau sepatutnya tampil memadam kebakaran.

Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap beliau untuk bertindak seadil mungkin dalam menegakkan undang-undang di negara ini.

Pada masa yang sama lebih ramai mempersoalkan mengapa Lim Guan Eng seorang pemimpin DAP yang lantang lagi cauvinis yang menghina Islam tidak pula dikenakan tindakan sehingga ke hari ini walaupun banyak laporan polis telah dibuat, berbanding kes membabitkan menteri besar Kedah itu hanya mengambil masa tiga hari untuk disiasat dan dituduh.

Dalam hal ini pihak polis yang sentiasa tidak berpihak itu telah menunjukkan kecekapan yang luar biasa dan diharapkan pihak berkuasa berkenaan juga mempercepatkan siasatan kes Guan Eng.

Tindakan terhadap Guan Eng akan meredakan kemarahan penyokong pembangkang.

 

(Visited 583 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button