GajetUlasan

Gabungan kepintaran dua Huawei

HUAWEI P40 Pro+ dan Huawei MatePad Pro 5G merupakan gabungan yang membawa pengguna ke masa depan sambungan 5G.

Kedua-duanya HUAWEI P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G dikuasakan oleh ‘chipset’ Kirin 990 5G Huawei, bagi membolehkan pengguna menikmati keupayaan tiada tandingan untuk menyampaikan pengalaman 5G terbaik, sekali gus mempersiapkan pengguna menuju era 5G.

Bagi membawa anda ke masa depan pengalaman penuh 5G, HUAWEI menawarkan kedua-dua model berkenaan dalam pakej ‘Business Bundle’ untuk hanya RM22.73 sehari (tempoh ansuran 12 bulan).

Secara bersama, kombo HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI MatePad Pro 5G akan memberikan pengalaman HUAWEI Share yang terunggul.

Hanya satu sentuhan diperlukan untuk menghubungkan HUAWEI P40 Pro+ bersama HUAWEI MatePad Pro 5G.

Dengan HUAWEI Share, anda boleh menghantar fail antara kedua-dua peranti itu dengan menarik dan meletak (‘drag and drop’), selain salin-tampal antara kedua-duanya.

Kini, anda boleh memindahkan imej di telefon dan melihatnya di skrin 10.8 FullView MatePad Pro 5G, atau menikmati pengalaman bunyi terunggul dengan pembesar suara binaan dalam Harman Kardon.

Anda boleh membuat dan menjawab panggilan daripada HUAWEI P40 Pro+ dengan menggunakan HUAWEI Matepad Pro 5G.

Bagi kecekapan optimum, anda boleh menggabungkan HUAWEI Matepad Pro 5G dengan papan kekunci magnetik pintar HUAWEI dan M-Pencil.

Kombo kedua-dua peranti ini mudah dibawa. Kedua-duanya menyokong 40W SuperCharge menggunakan kabel jenis-C, selain mengecaj tanpa wayar.

Malah, jika anda tidak menemui punca kuasa, HUAWEI MatePad Pro 5G juga menyokong Reverse Wireless Charging, yang bermakna anda boleh mengecaj HUAWEI P40 Pro+ menggunakan tablet.

Peranti itu juga menyokong kedua-dua mod rangkaian 5G bukan mandiri (NSA) dan mandiri (SA), selain sokongan komprehensif bagi jalur frekuensi 5G.

Ini bermakna, di mana-mana saja di dunia yang menawarkan sambungan 5G, kedua-dua peranti itu akan dihubungkan dengan sambungan mudah alih terkini berkenaan.

Anda juga tidak perlu bimbang lagi kehabisan ruang. Ambil seberapa banyak foto dan video yang dimahukan, anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, malah fail dijamin mempunyai sokongan yang selamat.

Dengan setiap pembelian HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI MatePad Pro 5G, anda akan mendapat 50GB HUAWEI Cloud Storage percuma.

Harga runcit HUAWEI P40 Pro+ (8GB + 512GB) adalah RM4,999 dan disediakan dalam warna Seramik Putih.

Selagi stok masih ada, setiap pembelian peranti ini didatangkan dengan barangan percuma bernilai lebih RM1,300.

Hadiah percuma ini termasuk sepasang HUAWEI Freebuds 3, satu HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand, akses percuma sehingga tiga bulan kepada HUAWEI Video VIP, Dimsum Entertainment, Qello Concert dan The Explorers (sah dari 26 Jun sehingga 30 November).

Pengguna juga akan mendapat storan 50GB HUAWEI Cloud 6, selain lanjutan jaminan setahun dan perlindungan skrin retak sebulan.

HUAWEI MatePad Pro 5G (8GB + 256GB) didatangkan dengan ‘casing’ kulit Forest Green mesra alam dan dijual pada harga RM3,299.

Dengan setiap pembelian HUAWEI MatePad Pro 5G, anda akan mendapat hadiah percuma bernilai lebih daripada RM140, termasuk akses percuma sehingga tiga bulan HUAWEI Video VIP, Dimsum Entertainment, Qello Concert, The Explorers 7 dan storan percuma di HUAWEI Cloud.

Di samping itu, setiap pembelian papan kekunci magnetik pintar HUAWEI MatePad Pro (RM499), anda akan mendapat HUAWEI M Pencil secara percuma.

Sementara itu, HUAWEI AppGallery kini mengandungi beberapa aplikasi paling kerap digunakan di Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Foodpanda, Maybank2u dan banyak lagi.

Jika mahu mendapatkan produk pintar HUAWEI lain, ini masanya untuk anda membuat pembelian di Karnival HUAWEI AppGallery dari 26 hingga 30 Jun.

Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah sehingga RM2 juta termasuk tiga Proton X70 dan 500 skuter elektrik.

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button