Berita GajetGajet

Imperatif 5G untuk pacu inovasi fintech – Huawei

PERCAMBAHAN dalam aplikasi rangkaian mudah alih generasi kelima (5G) akan memberikan banyak data dengan pelbagai dimensi, yang memerlukan penilaian kredit perusahaan serta analisis anti penipuan yang lebih terperinci dan tepat.

Presiden Cloud & Artificial Intelligence (AI) Business Group, Daniel Zhou menjelaskan teknologi 5G adalah perlu bagi memacu lebih banyak inovasi dalam fintech.

“Kebolehpercayaan dan prestasi adalah penting untuk membantu bank menangani cabaran pemprosesan data.

“Huawei telah memajukan penyelesaian yang menyeluruh yang mewujudkan pemporsesan data secara berterusan 24 jam sambil mengekalkan prestasi yang unggul bagi menyokong jumlah urus niaga yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan Sidang Kemuncak Industri Penstoran Kewangan Asia Pasifik 2020 hari ini.

Bertemakan “Unleash the power of data driven intelligent finance”, persidangan maya ini menghimpunkan pembuat keputusan utama daripada pelbagai institusi kewangan untuk menangani trend terkini, perkembangan dan peluang yang didorong oleh data dalam industri berkenaan.

Menurut Zhou lagi, penyelidikan storan Huawei bermula pada 2002, kini ia telah menjadi rangkaian penyelidikan yang luas dengan 12 pusat penyelidikan di Amerika Utara, Eropah, Rusia, India, dan China.

Dianggarkan bahawa pasaran storan data generasi akan datang akan berkembang daripada US$56.8 bilion pada 2019 kepada US$102.2 bilion menjelang 2024 pada kadar pertumbuhan purata kompaun sebanyak 12.5 peratus, bersama-sama dengan peningkatan penerimaan perkhidmatan berasaskan awan.

“Storan data tradisional mempunyai kelemahan, sistem penyimpanan datanya menghadapi cabaran seperti fleksibiliti yang tidak mencukupi dalam pengagihan sumber dan keupayaan pengembangan prestasi yang terhad.

“Walaupun teknologi storan baru seperti penyimpanan teragih dibina bagi merapatkan jurang, ia mempunyai set cabaran yang tersendiri. Semua ini akan menyumbang kepada beban data. Sesiapa yang mampu membuka kunci kepada pemerkasaan data,  dia akan maju beberapa langkah bagi penguasaan masa hadapan kewangan yang lebih baik,” tambahnya.- BERNAMA

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button