Ekonomi

Fingo sasar jualan RM3 bilion tahun 2020

KUALA LUMPUR – Fingo Sdn. Bhd., operator pasaran e-dagang sosial menyasarkan sehingga 30,000 unit  produk dipasarkan di platform beli-belahnya menjelang tahun depan.

Ketua Wakil Perniagaannya, Yujiao Kong berkata, sehingga kini syarikat memiliki sebanyak 12,000 produk ditawarkan kepada pelanggan.

Menurut beliau, syarikat telah merekodkan transaksi jualan sehingga RM200,000 sehari dan ia merupakan satu perkembangan baik buat syarikat e-dagang yang baharu beroperasi sejak empat bulan lalu.

“Kami memiliki seramai 65,000 pengguna dan daripada jumlah tersebut, seramai 97,500 pengguna adalah Preferred Shopper (pembeli pilihan) iaitu pengguna yang aktif.

“Fingo kini menjadi dunia beli belah online popular di negara ini kerana ia menawarkan lebih penjimaan dan lebih mudah melaksanakan transaksi jualan, semuanya hanya dihujung jari pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Fingo Star dan logo baharu Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta  Komuniti Usahawan Selebriti E-Dagang di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Yujiao menjelaskan, Fingo menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM3 bilion menjelang 2020 yang disumbangkan daripada pasaran domestik Singapura, Thailand dan Indonesia.

Tambah beliau, pertambahan nilai statistik tersebut dipacu oleh penawaran lebih banyak produk tempatan berbanding daripada luar negara.

Sehingga kini, produk yang ditawarkan Fingo adalah 80 peratus kebanyakan daripada China dan bakinya adalah jenama tempatan.

“Kami menyasarkan tawaran lebih banyak produk tempatan dengan nisbah 50:50 bersama produk eksport,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Fingo mengunjurkan syarikat untuk terus meneroka dalam bidang e-dagang secara agresif yang semakin berkembang di negara ini selain meraih peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

“Untuk memenuhi misi tersebut, kami kini memiliki gudang di Sabah dan Sarawak sebagai usaha menawarkan perkhidmatan pantas kepada pengguna di sana.

“Syarikat juga akan memasuki pasaran Indonesia pada Mac tahun depan,” jelasnya.

Sementara itu, Fingo yang merupakan platform e-commerce terbaharu di pasaran negara ini merupakan  persaing terkini untuk Lazada dan Shopee.

Keunikan syarikat ialah ia membolehkan pengguna mendapat faedah daripada sistem pulangan tunai apabila berbelanja di platform itu.

Pendaftaran pengguna adalah percuma dan akan mendapat baucer percuma bernilai RM5 dan menikmati diskaun hebat yang ditawarkan dari masa ke semasa.

Cara pembayaran di Fingo melibatkan tiga kaedah iaitu kredit kad, talian perbankan dan kedai serbaneka 7 Eleven.

Pengguna Fingo boleh menjana pendapatan sampingan dengan menaiktaraf menjadi pembeli pilihan dengan membeli salah satu barang yang tersenarai dengan jumlah minimum RM199.

Selepas itu, pengguna Fingo akan mendapat laluan untuk tujuan promosi dan layak menjemput siapa sahaja menyertai Fingo di bawah mereka dan membina rangkaian perniagaan anda.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 016 919 1877 atau layari aplikasi Fingo dengan Kod Jemputan: KKXZAG atau layari fingostar di Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button