Hiburan

Finas jaga kebajikan penggiat seni veteran

SEBUAH program khas anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dilaksana bagi menjaga kebajikan penggiat seni terutama veteran.

Justeru, satu kerangka khas dibentuk agensi dan kementerian itu bagi jangka masa pendek dan panjang dalam memastikan survival para penggiat seni.

Antara yang diketengahkan adalah galakan penerbitan rancangan televisyen, drama dan filem bagi mewujudkan pekerjaan buat penggiat seni.

Inisiatif tersebut bukan sahaja memberi impak positif kepada pelakon, malah kru belakang tadbir dalam menjayakan sesuatu penggambaran.

“Dalam tempoh enam bulan sehingga hujung tahun, keutamaan kita adalah memperbanyakkan production sama ada filem ataupun drama.

BACA > COVID-19 di Bejing: Penghantar makanan, bungkusan disaring — Suara Merdeka

“Kerana dengan adanya production baharu ada kerja. Kepada semua, daripada penerbit sampailah kepada kru.

“Kru itu pun ada pelbagai jenis kerja, daripada juruteknik, jurukamera sampai ke jurugegas.

“Bukan itu sahaja, yang lain turut akan mendapat manfaat sebagai contoh bila ada penggambaran pasti ada makanan. Maknanya katerer ada kerja.

“Jadi dalam masa enam bulan kita memang hendak gunakan sebaik-baiknya dana yang disediakan oleh Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).”

Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah selepas menziarahi tiga penggiat seni veteran yang tinggal di sekitar Lembah Klang hari ini.

BACA > Lelaki dipenjara 5 tahun curi RM600,000 dari bilik kebal bank — Suara Merdeka

Mereka adalah Fauziah Nawi di Taman Melati, Setapak; Mimi Loma di Semarak, Setapak dan Abu Bakar Juah di Alam Damai, Cheras.

Beliau menyertai Ziarah Kasih Prihatin anjuran Finas dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tambah Saifuddin, aktiviti itu merupakan fasa kedua selepas pertama kali dilaksanakan di awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Ahli Lembaga Finas yang dipengerusikan saudara Zakaria (Zakaria Abd. Hamid), mereka menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membantu dari segi kebajikan kepada artis atau penggiat seni.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh salah seorang ahli lembaga iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof.

BACA > Fauziah Nawi bersuara bagi pihak karyawan — Suara Merdeka

“Sebelum ini kita ada mengeluarkan sedikit bantuan daripada Finas kepada anak-anak seni pada mula-mula PKP dahulu sebanyak RM200,000 iaitu RM125,000 daripada Finas dan RM75,000 daripada peruntukan menteri,” ujarnya. – SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button