Luar Negara

COVID-19 di Bejing: Penghantar makanan, bungkusan disaring

SITUASI di negara Republik China masih belum lega. Petugas kesihatan di Beijing menjalankan ujian asid nukleik ke atas semua penghantar makanan dan bungkusan dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 di ibu negara China itu, lapor agensi berita kerajaan Beijing, News Sabtu.

Menurut News Sabtu, petugas memperluaskan ujian di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu sejak satu kluster jangkitan baharu berkaitan dengan pasar borong barangan makanan, tular lebih seminggu lalu.

Penularan itu, yang pertama di Beijing sejak beberapa bulan lepas, kini mengatasi angka tertinggi jangkitan yang direkodkan pada awal Februari.

PEKERJA, pengunjung dan penduduk berhampiran pasar Xinfadi menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO AFP

Menurut laporan portal berita Free Malaysia Today, ujian saringan COVID-19 pada mulanya tertumpu di kawasan kediaman berdekatan pasar besar Xinfadi dan mereka yang bekerja serta membeli-belah di situ.

Petugas kini menyasarkan puluhan ribu pekerja penghantaran yang bertugas di bandar raya itu.

Kumpulan beca bermotor dan skuter yang digunakan untuk menghantar bungkusan dan makanan adalah pemandangan biasa di situ.

Pekerja di SF Express, firma penghantaran terbesar di China, tiba secara bergilir-gilir di pusat-pusat ujian di Beijing pada Jumaat, lapor Beijing News.

Firma penghantar makanan, Meituan Dianping, mengesahkan semalam, semua pekerja penghantarannya di Beijing akan disaring.

Dan mereka yang membuat penghantaran ke kawasan berisiko tinggi akan dihentikan tugas untuk sementara waktu, perlu menjalani ujian asid nukleik dan dikuarantin di rumah selama 14 hari atau bersamaan dengan dua minggu.

Pelanggan boleh melihat maklumat terperinci kerja-kerja nyahkuman ke atas bungkusan penghantaran dan suhu badan penghantar secara atas talian, kata Meituan di aplikasi Wechat.

Beijing News berkata, semua pekerja penghantaran di bandar raya itu akan disaring minggu depan.

Pegawai sebelum ini mengingatkan tentang risiko jangkitan melalui bungkusan di Beijing, yang melaporkan 22 kes baru pada Jumaat. Bandar raya itu kini mencatatkan lebih 200 kes jangkitan tempatan sejak 11 Jun.

Petugas menjalankan saringan ke atas individu yang bekerja dalam industri penyediaan makanan, termasuk kakitangan restoran, selain makanan diimport selepas virus itu dikesan di papan pemotong di pasar Xinfadi yang digunakan untuk memproses ikan salmon. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button