Hiburan

Dynas Mokhtar lahirkan anak keempat bulan depan

PELAKON Dynas Mokhtar bakal menimang cahaya mata perempuan yang juga merupakan anak keempatnya yang dijangka dilahirkan pada bulan depan.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sememangnya teruja dengan kehamilan kali ini dan bakal menimang seorang lagi anak perempuan.

Dynas dan suami, Mohamad Shazrik Che Mohd Din menghitung hari menunggu kelahiran anak mereka bulan depan.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Baru-baru ini, selebriti yang juga merupakan seorang usahawan ini menganjurkan majlis baby shower bertemakan rona merah jambu.

“Kehamilan anak keempat ini tidak dirancang dan saya juga berasa risau risiko dan komplikasi ketika mengandung pada usia menjelang 40-an ini.

“Saya harap anak keempat ini adalah yang terakhir,” ujar Dynas.

Ditanya hamil pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.

“Terus terang, saya memang berasa cepat penat sepanjang mengandung anak keempat ini.

“Saya masih lagi berlakon ketika dapat tahu diri ini mengandung dua bulan.

“Namun saya memutuskan untuk berehat seketika dari aktiviti penggambaran sehingga selepas selesai menjalani tempoh berpantang selama 100 hari nanti,” ujarnya.

Dari segi persiapan menyambut kelahiran bayi, Dynas menyediakan kelengkapan bayi yang kebanyakannya baharu untuk menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarga.

Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 13, dan Mohamed Haqaish, 11. – SUMBER NONA – SM

BACA Sarimah Ibrahim akui pernah kemurungan selepas lahirkan anak pertama

BACA Giliran Jep Sepahtu timang anak

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button