Luar Negara

Pergolakan di Sungai Golok: KPM Utamakan Keselamatan Murid Rentas Sempadan

KES pergolakan yang sedang berlaku di Golok Thailand menimbulkan resah kepada penduduk sempadan rakyat Malaysia yang tingal berhampiran sempadan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa utamakan keselamatan murid di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Sungai Golok, di selatan Thailand.

Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara untuk memastikan keselamatan para murid terutama mereka yang melintas sempadan setiap hari ke sekolah.

“Soal keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kita dan kita bekerjasama dengan polis bagi mendapatkan maklumat.

“Susulan insiden letupan dan tembakan yang berlaku malam tadi, kita sebenarnya sudah mengambil langkah awal kerana kebanyakan pelajar sudah berada di dua asrama di sekolah di Rantau Panjang, selain ada yang tinggal bersama saudara mara di sini,”katanya.

Beliau juga yakin pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sudah pun mengambil langkah susulan dan berharap mereka terlibat dapat tinggal di asrama.

Ini bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi semalam media melaporkan dua orang orang maut dalam insiden letupan dan tembakan, malam tadi.

“Pada masa sama, ia memudahkan untuk kita membuat pemantauan.

“Saya juga meminta ibu bapa berbincang dengan JPN sekiranya ada di kalangan mereka mahu tinggal di asrama kerana keadaan sekarang tidak selamat untuk rentas sempadan,” katanya lagi.

Fadhlina turut memaklumkan pihaknya sedang mengkaji murid sekolah rendah yang tinggal di Golok untuk ditempatkan di asrama sekolah di Rantau Panjang.

Bagaimanapun katanya, ia masih di peringkat kajian dan pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jaulah Ramadan KPM di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat,

Semalam, media melaporkan dua sukarelawan pertahanan maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Serangan itu berlaku sekitar jam 7.10 malam waktu tempatan (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah berkenaan selesai berbuka puasa.

Menurut jurucakap polis Sungai Golok, kejadian berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berdekatan pasar raya Big C yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button