Politik

DUN Bongawan: Saksikan pertandingan antara saudara

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Bongawan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru yang menarik apabila tiga daripadanya mempunyai hubungan persaudaraan.

Calon berkenaan adalah, Dr. Mohd. Jamarudin Abd. Hamid daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Ag. Lahap. Ag. Bakar @ Ag. Syairin dan Mohd. Azree Abdul Ghani (Parti Demokratik Liberal (LDP)).

Ketiga-tiga calon itu juga akan menentang calon ‘heavyweight’, Datuk Seri Anifah Aman daripada Parti Cinta Sabah (PCS) yang juga merupakan bekas Menteri Luar.

Pertandingan tersebut dianggap antara yang unik dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) yang pencalonannya berlangsung hari ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, keempat-empat calon DUN Bongawan bertemu di Sekolah Kebangsaan Sri Bongawan bagi sesi pencalonan.

Pusat pencalonan DUN itu dibuka sejak pukul 9 pagi tadi dan kesemua mereka hadir mengemukakan pencalonan masing-masing.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan PRN Sabah menyasikan pertandingan lebih daripada dua parti dekat hampir di kesemua 73 DUN.

Setakat ini, Parti Cinta Sabah (PCS) dilihat sebagai parti yang meletakkan pencalonan tertinggi apabila bertanding di kesemua DUN di sana.

UMNO pula meletakkan 32 calon yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pula mengemukakan 29 calon. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button