Nasional

Demi harta, isteri bersama adik sanggup bunuh suami buta

ENTAH di mana letaknya akal seorang isteri apabila sanggup bersekongkol dengan adiknya untuk membunuh suami yang buta demi mendapatkan harta.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 1 Oktober lalu dan mangsa telah dipukul di kepala dengan menggunakan tukul.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, wanita berusia 45 itu sebelum ini membuat aduan yang suaminya telah disamun.

“Sebelum ini, pengadu iaitu suspek telah membuat satu laporan polis bahawa suaminya yang berusia 59 tahun telah disamun di hadapan sebuah rumah di Jalan Jati, Rumah Murah PKNS, Kampung Baru, Sungai Chua, Kajang.

“Dalam kejadian itu, suspek memberitahu yang rantai leher milik suaminya telah dilarikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

Jelasnya, hasil siasatan polis bagaimanapun mendapati yang kejadian terebut sebenarnya telah dirancang.

“Siasatan mendapati suspek iaitu isteri mangsa telah merancang dan membunuh suaminya bersama dengan adik lelakinya demi mendapatkan harta mangsa,” katanya.

Susulan itu, wanita tersebut bersama adiknya yang berusia 42 tahun akan didakwa Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.- SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button