Nasional

Dayang Topaz: Seorang meninggal dunia, 124 berjaya diselamatkan

SEORANG meninggal dunia manakala 124 orang berjaya diselamatkan selepas insiden kapal Dayang Topaz yang hampir karam akibat cuaca buruk di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi.

“Empat kru yang hilang telah ditemukan berhampiran lokasi kejadian dan mereka telah dibawa ke kapal-kapal yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

“Kesemua mangsa yang terjun ke laut sejumlah 124 orang telah berjaya diselamatkan manakala seorang meninggal dunia, 62 kru masih berada di atas kapal Dayang Topaz,” katanya.

Menurut Mohd. Zubil, berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran daripada cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak beramB.

Jelasnya, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan syarikat carigali minyak Petronas, Shell, Tentera Udara Malaysia (TUDM), Bomba dan Penyelamat, National Search Coordination Center Brunei yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk Komuniti Nelayan Tempatan.

“Aset-aset yang terlibat KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 kini berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa dan aset-aset SAR yang berada di lokasi kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan laut masih bergelora dengan ketinggian 3.5 ke 4 meter paras ketinggian. -SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button