Nasionalpilihan

50 kes tangkapan dalam seminggu OP Khas Pagar Laut

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatatkan 50 kes tangkapan bagi pelbagai kesalahan dengan nilai dianggarkan lebih RM4.5 juta bagi seminggu pelaksanaan OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 di seluruh perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kes-kes tangkapan adalah bagi kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Beliau turut memaklumkan, daripada jumlah yang dinyatakan, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 16 kes tangkapan dengan nilai rampasan hampir RM400 ribu di bawah undang-undang yang sama.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjaun OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 di perairan Sabah semalam.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik serta Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin

Datuk Hamid menjelaskan, operasi ini diaktifkan semula di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya di kawasan titik panas (Hotspot) pada bulan Ramadan dan Syawal.

Operasi khas ini dilaksanakan dalam empat fasa iaitu bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 Mac hingga 17 Mac 2024 diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan (18 Mac hingga 1 April).

Seterusnya Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan (2 April hingga 16 April) dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 April hingga 30 April).

Datuk Hamid dalam pada itu turut berkata, kejayaan yang dicatatkan adalah bukti para pegawai dan anggota Agensi ini melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan komitmen tinggi serta berintegriti.

Justeru beliau menyeru agar seluruh warga Maritim Malaysia meneruskan momentum berkenaan agar tanggungjawab yang digalas ini terus mendapat kepercayaan Kerajaan seterusnya keselamatan dan ketenteraman rakyat terjaga khususnya ketika menjelang lebaran nanti.

Pada sesi tinjuaan tersebut, Datuk Hamid turut berkesudian menyampaikan bingkisan raya kepada warga Kapal Maritim (KM) ARAU melalui Pegawai Memerintahnya Kepten Maritim Solehudin bin Zakaria serta Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal Maritim yang menjalankan operasi berkenaan di Sabah.

Melalui bingkisan yang disampaikan ini, beliau berharap ia dapat menceriakan pegawai dan anggota KM ARAU yang kini bertugas berjauhan daripada keluarga sempena perayaan kali ini. – SM

Artikel berkaitan > Maritim Malaysia aktifkan semula OP PAGAR LAUT sempena Ramadan dan Syawal

(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button