Nasional

Pengasas KK Mart, pembekal stoking didakwa

Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kee Kan dan Siew Mui adalah pengarah syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Tiga individu lain yang merupakan pengarah syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd – yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah kepada KK Mart – turut dikenakan pertuduhan. – SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button