Dakwaan salah guna dadah, Zarina Anjoulie tunggu sejuta pengikut baru buka cerita
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menyatakan dia akan memberi kenyataan berhubung dakwaan dirinya dikatakan individu yang ditahan polis kerana kes penyalahgunaan dadah.
Zarina menerusi perkongsian di Instagram berkata, buat masa ini dia mahu mengambil kesempatan terlebih dahulu untuk membuat produk review.
Ketika membuat sesi live di Instagram pagi tadi, dia juga tidak malu untuk mengaku salah, sama seperti kebanyakan masalah yang pernah ditimbulkan sebelum ini.
“Saya tak pernah mencuri. Mungkin kau (merujuk pada pengguna akaun) yang biasa curi. Tapi kalau saya buat salah, saya tak malu mengaku. Saya tak macam kau. Jangan samakan saya macam kau. Kita tak sama.
“Sebab untuk saya, banyak perkara memalukan dalam hidup saya terjadi tak pernah elak. Saya bukan jenis lari dari masalah. Saya akan sentiasa beritahu pada orang. Semua kenal saya dan tahu, perkara memalukan apa sekalipun, saya takkan lari dari ‘followers’.
Pada masa sama, dia berkata akan membuka cerita jika jumlah pengikut di Instagram mencecah 1 juta, manakala ketika ini followers IG miliknya sebanyak 981,000.
“Apapun saya nak menuju sejuta ‘followers’. Semalam naik 5,000. Naik saja sejuta, saya buka cerita. Kena faham saya ahli perniagaan, otak bisnes. Saya takkan sia-siakan cerita tular ini. Kalau cerita sekarang saya tak boleh buat duit.
“Alang-alang dah macam ini, baik buat amal sekali. Buat duit dulu. Ulasan di IG Story, dapat RM20,000 sehari iaitu hari ini dan esok, saya akan buat ‘give away’ RM 1,000 pada anda. Cerita sekarang di ‘live’ rugilah.
Setiap kali ‘viral’ saya buat duit. Kalau saya buat, anda semua tahu, saya tidak pernah tak kongsi dengan ‘followers’. Bagi saya, duit yang masuk daripada anda. Sebab itu beri semula pada anda. Duit itu pusing-pusing datag daripada anda juga, penyokong saya,” katanya. -SM