EkonomiNasional

Cukai digital menambah beban rakyat

BERMULA 1 Januari 2020, pembeli produk menerusi dalam talian di negara ini akan dikenakan cukai digital sebanyak enam peratus.

Berdasarkan panduan terbaharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, difahamkan cukai digital tersebut turut meliputi portal berita dan kursus yang disediakan dalam talian.

Dalam pada itu, Google Malaysia juga telah mengumumkan untuk mematuhi perkara itu.

Menerusi notis dihantar pihak pengendali enjin carian itu memaklumkan, pengguna akaun Google G Suite akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus untuk perkhidmatan digital.

Cukai berkenaan akan dikenakan kepada pengguna menerusi bil dan pembayaran ke atas setiap pembelian yang mereka lalukan.

Perkhidmatan digital yang dimaksudkan ialah perisian, aplikasi dan permainan video; muzik, e-buku dan filem; iklan dan platform dalam talian (menyediakan ruang iklan di platform media, platform bertukar produk atau perkhidmatan).

Ini juga termasuk enjin carian dan rangkaian sosial, pengkalan data dan hosting telekomunikasi berasaskan internet (PABX-awan, VOIP), latihan atai kursus dalam talian serta langganan akhbar dan jurnal serta kandungan digital lain seperti gambar, teks, maklumat dan perkhidmatan proses pembayaran.

Bagaimanapun perkhidmatan di atas tidak akan dikira perkhidmatan digital sekiranya:

Perkhidmatan itu boleh didapati tanpa menggunakan teknologi internet. Contohnya,  meminta penyanyi dari luar negara datang ke Malaysia untuk membuat persembahan.

Selain itu, mana-mana perkhidmatan melalui emel yang memerlukan bantuan manusia.

Menurut jurucakap syarikat enjin carian itu, keputusan tersebut dibuat bagi mematuhi cukai perkhidmatan yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Dalam pembentangan belanjawan tahun lalu, kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan cukai digital sebanyak enam peratus ke atas penyedia perkhidmatan asing yang beroperasi di negara ini bermula 1 Januari 2020.

Perkhidmatan digital ditakrifkan sebagai perkhidmatan menerusi medium teknologi maklumat dengan sedikit atau tiada intervensi manusia daripada pembekal perkhidmatan.

Apapun alasan, yang nyata pelaksanaan cukai digital ini akan terbeban ke bahu rakyat juga.

Ini sekali lagi menafikan janji-janji kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan nasib rakyat terbela.

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button