Ekonomi

Pengecualian cukai sumber pendapatan asing bantu tarik pelabur

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengecualikan pendapatan sumber asing (FSI) kepada individu pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia akan membantu pelaburan di Malaysia, kata pakar cukai.

Institusi Cukai Berkanun Malaysia (CTIM) berkata,pengecualian pendapatan dividen yang diperoleh oleh syarikat perkongsian liability terhad akan terus meningkatkan pelaburan dengan menggalakkan dividen pendapatan bersumberkan asing untuk dihantar ke Malaysia.

“Ini juga akan mengekalkan daya tarikan Malaysia sebagai lokasi untuk pejabat serantau,” kata presiden CITM Farah Rosley.

Kementerian Kewangan (MoF) pada 30 Disember mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengecualikan FSI bagi individu pembayar cukai pemastautin daripada cukai.

Pengecualian ini juga diperluaskan kepada dividen pendapatanbersumber asing yang diperolehi oleh syarikat perkongsian liability terhad.

Pengecualian cukai FSI akan berkuatkuasa dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

MoF menyatakan bahawa, tertakluk kepada kriteria dan garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri, pengecualian dividen cukai pendapatan bersumber asing akan diberikan kepada syarikat atau perkongsian liabiliti terhad manakala individu akan dikecualikan cukai untuk semua jenis pendapatan bersumber asing.

Bagi pembayar cukai individu, pengecualian FSI akan diberikan kepada semua individu kecuali mereka yang berada dalam perniagaan perkongsian di Malaysia.

Bagi pembayar cukai bukan pemastautin (individu, syarikat, dan lain-lain), mereka tetap dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Perenggan 28, Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan,1967.

Farah berkata semasa pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober 2020, kerajaan telah mencadangkan penarikan balik pengecualian cukai ke atas FSI yang diterima di Malaysia dan FSI akan dikenakan mulai 1 Januari 2022.

Ini telah menimbulkan kekecohan di kalangan syarikat dan individu, terutamanya mereka yang mempunyai pelaburan penting di luar negara.

“Ramai pembayar cukai pemastautin Malaysia yang sebelum ini terperangkap dalam dilema mengenai prospek pendapatan mereka dari luar negara yang akan dikenakan cukai pada Januari 2022 kini boleh menarik nafas lega sekurang-kurangnya lima tahun akan datang,” katanya.

MoF juga mengumumkan bahawa FSI yang diterima pada tahun taksiran 2022 juga dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi tujuan Cukai Kemakmuran (Cukai Makmur).

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button