Nasional

COVID-19: Pengebumian jenazah doktor dikawal rapi

PENGEBUMIAN jenazah mangsa COVID-19 yang kesembilan yang merupakan seorang doktor dikawal rapi oleh anggota polis.
Jenazah dikebumikan selepas zohor di sebuah tanah perkuburan di Alor Setar.
Tidak ada anggota keluarga dibenarkan memasuki atau menghampiri lokasi pengebumian tersebut.
Yang dapat dilihat di lokasi pengebumian ialah sebuah van dan sebuah jentera pengorek.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.33 pagi ini merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan.
BERITA BERKAITAN:
Arwah merupakan doktor perubatan yang menjadi mangsa pertama COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, doktor berusia 48 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Fauziah, Perlis.

Mangsa dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan dimasukkan ke hospital berkenan pada 17 Mac lalu selepas mengalami simptom Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Mangsa disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac lalu dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac berikutan keadaan kesihatan yang merosot. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button