Nasional

Covid-19: Kematian ke-10 libat jemaah tabligh

COVID-19 meragut satu nyawa lagi hari ini melibatkan jemaah tabligh berusia 74 tahun pada pukul 4.05 petang tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pesakit berkenaan merupakan kes ke-259 dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac lalu,

“Kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegera Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simtom pada 8 Mac. Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan semakin merosot. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurut Dr. Noor Hisham, kluster tabligh merangkumi 62 peratus atau 742 orang daripada jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti Covid-19 iaitu seramai 1,309 orang hari ini.

BERITA BERKAITAN:

 

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button